I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 11 Julai 2008

Kunci Kejayaan

ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN

Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :
1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN
PERUBAHAN SIKAP
Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.

Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.Sikap mempunyai tiga eleman penting:
1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkahlaku

Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.
Berubah Pemikiran
Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.

Berubah Perasaan
Perasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu:
Perasaan rendah diri
Ubah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.
Tidak mahu mengaku kelemahan diri
Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.

Berpuas hati dengan apa yang telah didapati
Keadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.
Berubah Tingkahlaku
Tingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.

MATLAMAT
Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.

Ciri-ciri Matlamat
Boleh diukurIa perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak.

Spesifik
Ciri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh.

Realistik
Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan.

Jangka masa
Matlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat.

Berdoa
Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.

Mengenal potensi dan sikap diri
Perasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalamam yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan bertingkahlaku yang lebih positif.

Kesimpulan
Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.

KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.

Falsafah Pendidikan Malaysia




" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

TERAS PERKHIDMATAN
  • BERAZAM MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN
  • BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
  • BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
  • BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN
  • BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
  • BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

Mazmumah Menghapus Bahagia Hati


Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .






Mujahadah


Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi. Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir.

Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "

Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan.
Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.39:10);Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).
Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu.
Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita.
Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu?
Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.
Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya.
Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.
Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Menghayati Siapa Kita Yang Sebenarnya

Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin .. walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.


Menghayati AlQuran

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi kita Muhammad s. a. w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis nabi s. a. w sebagai pedoman kepada kita semua.


1. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya - muttafaqqun 'alaihi


2. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf - diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih


3. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). - Sohih Bukhari dan muslim


4. Abi Umamah al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya - Riwayat Muslim


5. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran(tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang - Riwayat Tarmizi


6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Allah telah berfirman yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya - Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih


7. Sabda nabi s. a. w yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya - Riwayat Muslim


8. Daripada Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s. a. w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta - Riwayat Muslim


Taubat

TAUBAT
Yang paling utama dalam bertaubat adalah

1. menyesali perbuatan
2. memohon ampun kepada Allah
3. bertekad kuat tidak mengulanginya

Penyesalan yang dilakukan hendaknya didasari oleh perenungan yang mendalam dan membekas di dalam hati. Bukan sekadar keinginan sesaat yang kemudian sirna dan lenyap. Namun untuk kelengkapan taubat itu, ada hal-hal lain yang perlu diperhatikan agar menjadi taubat yang sebenar-benarnya.

a. Keluar/Pindah Lingkungan Pergaulan Agar taubat itu jangan sampai terulang lagi dengan cara pindah dari suasana dan lingkungan yang selama ini memberikan peluang melakukan itu. Orang yang taubat harus hidup di tengah orang-orang sholeh dan selalu menjaga hukum Allah. Bukan lingkungan yang mendiamkan apabila ada kemungkaran dan kebatilan. Sehingga apapun yang dia lakukan, selalu ada orang-orang yang dengan ikhlas mengingatkan.

b. Hilangkan Semua Memori Dan Kenangan Selain itu tentu saja orang yang taubat harus menghilangkan semua kenangan masa lalunya. Jangan diceritakan kepada sesiapapun juga. Allah yang telah menutupi aib itu semuga juga menutupi dosa-dosa sebelumnya. Dan mulai kehidupan baru yang lebih baik dan lebih islami.

c. Kembalikan Hak Milik Orang lain Dan Meminta Maaf Khusus untuk dosa yang terkait dengan hak milik orang lain seperti dosa mencuri atau menipu dan merugikan orang lain, maka perlu permintaan maaf kepada mereka yang telah dizalimi itu. Hal ini mengingat bahawa hak orang lain yang telah diambil secara zalim itu masih tetap akan dituntut oleh pemiliknya kelak di akhirat. Bahkan seorang yang mati syahid sekalipun, tetap akan diminta pertanggung jawab urusan hutangnya yang belum selesai. Padahal orang yang mati syahid itu masuk syurga tanpa dihisab lagi amal-amalnya.

d. Memperbanyak Perbuatan Baik Yang Lebih Besar Pahalanya Selain itu untuk `menebus’ dosa sebelumnya, sangat dianjurkan untuk menghapus perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik yang lebih besar pahalanya. Kerana Allah berfirman : ”Sesungguhnya amal baik itu menghapus amal yang buruk”. Misalnya dengan menyumbangkan harta yang besar untuk fakir miskin, atau membangun masjid, atau membangun madrasah dan lembaga pendidikan atau mewakafkan perusahaan yang produktif agar penghasilannya dapat digunakan untuk kepentingan umat Islam.

Meyakini Takdir Allah SWT

MEYAKINI TAKDIR ALLAH SWT

Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Ini merupakan keyakinan setiap muslim, para pengikut setia Rasulullah SAW. Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa sepengetahuan, izin dan ketentuan Allah SWT."Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." Q. S Al-Hadiid : 22"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." Q. S Al-Baqarah : 155

Cubaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan, “Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itupun sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin,” demikian Rasulullah bersabda.Rasulullah juga telah berpesan, “Jika engkau memohon, maka memohonlah kepada Allah, jika engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan, seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu selain yang telah ditetapkan Allah atasmu. Pena-pena telah kering dan lembaran-lembaran telah dilipat.”Dalam sebuah hadith shahih yang lain disebutkan, “Ketahuilah bahawa apa yang akan menimpamu tidak akan pernah luput dan apa yang tidak akan menimpamu tidak akan pernah menimpamu.”Pernah pula Rasulullah mengatakan pada sahabatanya yang mulia, “Pena telah kering, wahai Abu Hurairah, berkaitan dengan apa yang akan engkau hadapi.”

Di lain waktu Rasulullah memberikan panduan, “Kejarlah apa yang bermanfaat untukmu, dan mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata, 'Kalau sahaja aku melakukan yang begini pasti akan jadi begini.' Tapi katakanlah, 'Allah telah mentakdirkan, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan.'”Dalam sebuah hadith shahih, Rasulullah bersabda, “Allah tidak menentukan sebuah qadha bagi hamba kecuali qadha itu baik baginya.”Berkaitan dengan hadish ini, Syaikhul Islam Ibnu Taimyah pernah ditanya, "Apakah maksiat itu baik bagi seorang hamba?" Beliau menjawab, "Ya! Namun dengan syarat dia harus menyesali, bertaubat, beristighfar, dan merasa sangat berasalah."

Allah berfirman, yang ertinya; "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " Q. S Al-Baqarah : 216



Khamis, 10 Julai 2008

Jejak Syurga atau Neraka


JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA...


Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.

Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

-beramal semasa muda lagi
-bertolong-tolongan kerana Allah
-jauhi diri dan keluarga dari zina
-mendidik anak kewajipan beragama
-mendirikan solat wajib dan sunat
-bertahajjud di tengah malam
-menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
-bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
-berpaut hati pada masjid
-sentiasa belajar hal-ehwal agama
-sembahyang berjemaah
-selalu berada di tempat pengajian agama
-menziarahi orang sakit
-mengiringi mayat hingga ke kubur
-mengadakan kenduri cara Islam
-mendamaikan pergaduhan
-menolong anak yatim dan miskin dan lain-lain perkara kebajikan


Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

-tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
-kaya tapi bakhil
-menipu
-mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
-mengadakan majlis maksiat
-berzina
-memakan harta anak yatim
-meringankan sembahyang
-tidak mengeluarkan zakat
-panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
-meninggalkan sembahyang
-durhaka kepada ibu bapa
-berbuat fitnah
-suami dayus (membebaskan isteri)
-ibu bapa dayus (membebaskan anak)
-makan harta haram
-berbohong dan berdusta
-menggunakan sihir
-dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.


Sekian, wassalam.

RiNDuKu HaNyA PaDa-MU...

Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
  • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
  • Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
  • Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  • Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
  • Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.
  • Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
  • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
  • Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  • Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
  • Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
  • Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  • Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
  • Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
  • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
  • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
  • Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
  • Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
  • Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
  • Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
  • Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
  • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.
  • Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
    Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Catatan :
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Staf SKSP 2011

PIBG

Kurikulum

Kokurikulum


JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM


PENGERUSI : Tuan Guru Besar
Tn. Hj Muhd Subuhi bin Saad

NAIB PENGERUSI : Guru Pen. Kanan Kokurikulum
En. Akashah Meera Hussain

SETIAUSAHA : En. Ishraqi Fikri Akbar bin Rajab( Setiausaha Sukan )



AHLI JAWATANKUASA

RUMAH SUKAN :

MERAH
HIJAU
KUNING

PERSATUAN dan KELAB :

BAHASA
MATEMATIK
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

BADAN BERUNIFORM :

PERSATUAN PENGAKAP
PUTERI ISLAM

SUKAN dan PERMAINAN :

BOLA BALING
BOLA JARING
OLAHRAGA
PERMAINAN DALAMAN



GARIS PANDUAN DAN PERATURAN GERAKERJA KO-KURIKULUM

KEAHLIAN
Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja ko-kurikulum: satu gerakerja sukan dan permainan. Satu gerakerja pasukan unit beruniform dan satu gerakerja kelab dan persatuan.


KEDATANGAN
kedatangan guru dan murid adalah diwajibkan dan menyertai kegiatan yang dijalankan dengan aktif.


PAKAIAN
Pakaian seragam , pakaian sukan dan pakaian pendidikan jasmani dibenarkan sewaktu menjalani gerakerja ko-kurikulum.


KEMUDAHAN, KESELAMATAN DAN DISPLIN
Guru bertanggungjawab bagi menjaga , menjamin keselamatan peralatan yang digunakan itu dalam keadaan baik dan selamat.




KONSEP DAN MATLAMAT KO-KURIKULUM


  • Sebagai program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang seimbang.

  • Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian didalam bidang sukan, permainan,persatuan,kelab dan pasukan unit beruniform.

  • Menyediakan segala kemudahan yang secukupnya kepada semua aktiviti ko-kurikulum.
    Memberi peluang kepada semua murid supaya mereka dapat memajukan diri dalam lapangan yang diceburi ke arah kecemerlangan ilmu dan kerjaya.

  • Mengembangkan bakat dan minat ke arah pembentukan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketerampilan.

  • Memberi galakan dan dorongan supaya murid dapat mengembangkan minat dan bakat mereka dengan berkesan.

  • Kesempatan dan peluang untuk mengasah kebolehan serta bakat kepimpinan dalam pengendalian dan pengurusan aktiviti ko-kurikulum.

  • Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif.

  • Melatih murid bijak mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah disamping membina kesihatan dan kesejahteraan diri, sosial dan harmoni dalam masyarakat.

  • Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada masyarakat sekeliling.

Hari Guru 2008

Selamat Hari Guru kepada semua guru SKSP...


Sambutan Hari Guru

Ucapan sempena Hari Guru oleh Guru Besar SKSP

Guru-guru menyanyikan Lagu Guru Malaysia

Persembahan daripada guru dan pelajar

Persembahan daripada guru

Pelajar-pelajar menyaksikan persembahan yang dipersembahkan

Pertandingan antara guru dan pelajar

Perlawanan antara pelajar

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

ibu
inginku ucapkan ribuan terima kasih atas segalanya,
kau berikan ku kehidupan yang sebenar,
kau menjaga dan mendidik ku dari kecil hingga dewasa
ibu
kasih sayang mu tidak dapt ku balas dengan wang ringgit,
kasih sayang mu sesuci bunga putih malah lebih suci dari itu
ibu
ingin ku ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi,
atas kasih sayang yang telah kau curahkan,
kau menatang ku umpama minyak yang penuh
ibu
aku amat bangga mempunyai seorang ibu sepertimu,
seorang wanita yang tabah menghadapi liku2 kehidupan,
kau menghadapi dugaan itu dengan tabah
ibu
andainya kita dipisahkan suatu hari,
maafkan diriku ini atas segala kesalahanku,
akan ku ingat segala jasa dan pengorbananmu,
sehingga hembusan terakhirku...

Selamat Hari Ibu......11 Mei 2008




Hari Guru




Selamat Hari Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
ika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Selamat Hari Guru untuk Semua Guru SKSP

Tema Hari Guru 2008 : GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Galeri


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAP PARA

Sekolah Kebangsaan Sungkap Para

Makmal Komputer SKSP

Bilik Guru SKSP


Kawasan Hadapan SKSP

Kawasan Istirehat SKSP

Kolam Ikan SKSP

Pintu Utama SKSP

Hadapan Pusat Sumber SKSP

Bilik Pemulihan SKSP

Kawasan Istirehat SKSP

Bilik Darjah SKSP







Organisasi SKSP



ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAP PARA






Peraturan SKSP



A) PERATURAN SEKOLAH

1. Waktu persekolahan
1.1 Masa persekolahan bermula jam 7.45 pagi hingga 1.15 tengahari.
1.2 Mesti sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum tiba
waktu belajar pada setiap hari persekolahan.
1.3 Memasuki bilik darjah mengikut ketetapan waktu pelajaran
bermula KECUALI atas arahan Guru Besar bersabit sesuatu hal.

2. Pakaian sekolah
2.1 Adalah diwajibkan berpakaian sekolah sewaktu persekolahan atau
mewakili sekolah ke mana-mana.
2.2 Pakaian hendaklah kemas
2.2.1 Kasut putih dan bersarung kaki putih.
2.2.2 Murid lelaki berbaju putih dan berseluar biru, murid
perempuan berbaju kurung dan berkain sarung biru tua.
2.2.3 Murid lelaki mesti berbaju ke dalam seluar.
2.3 Bentuk pakaian sekolah hendaklah sempurna dan jangan
menggunakan potongan yang tidak sesuai.
2.4 Murid perempuan dilarang memakai barang kemas.
2.5 Murid-murid dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk
Pelajaran Pendidikan Jasmani.

3. Sebelum belajar.
3.1 Perhimpunan diadakan pada tiap-tiap hari Ahad.

4. Harta sekolah.
4.1 Wajib memberi perhatian kepada sebarang peralatan sekolah.
4.2 Hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alatan dan
barang-barang kepunyaan sekolah.
4.3 Memaklumkan kepada guru sebelum mengambil sebarang alatan
untuk digunakan.

B. PERATURAN MURID

1. Tatatertib / Bersopan-santun
1.1 Mematuhi dan menghormati Guru Besar, guru-guru dan kakitangan yang berada di sekolah.
1.2 Patuh dan hormat kepada pengawas sekolah.
1.3 Patuh dan hormat kepada ketua darjah yang dilantik oleh guru.
1.4 Murid-murid hendaklah membiasakan diri memberi ucapan “Assalamualaikum”,
“Selamat” dan mengamalkan ucapan “Terima Kasih”, “Tolong” dan “Meminta maaf” pada
masa-masa Dan keadaan-keadaan yang tertentu.
1.5 Ditegah mencuri, menipu, berjudi, merokok, membawa senjata merbahaya, bergaduh,
menghasut, memeras ugut, mengeluarkan perkataan kesat, melukis serta menulis
perkataan-perkataan lucah di mana-mana sahaja dalam dan diluar sekolah.
1.6 Bersopan-santun dalam pergaulan terutama dalam permainan.
1.7 Sentiasa bersedia untuk menjaga nama baik sekolah ini dan memelihara keselamatan
harta sekolah.
1.8 Menghormati Lagu Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman dan Malaysia serta
lambangnya.
2. Peraturan cuti.
2.1 Mestilah memberitahu pihak sekolah secara bertulis atau lisan jika
tidak dapat hadir ke sekolah kerana hal-hal tertentu.
2.2 Jika bermaksud memobon cuti panjang (lama) mestilah
memaklumkan terlebih dahulu kepada Guru Besar.

3. Akhlak / Disiplin.
3.1 Hormatlah Pejabat Guru Besar, bilik Darjah, dan Bilik
Perpustakaan. Jangan bising berhampiran tempat tersebut.
3.2 waktu rehat tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah kecuali
dengan kebenaran guru.
3.3 Ditegah mmemakan makanan di dalam bilik darjah.
3.4 Dilarang menulis, menconteng di dinding-dinding bangunan yang
ada dalam kawasan sekolah ini.
3.5 Waktu rehat atau hendak pulang, hendaklah berbaris dengan tertib.
3.6 Ditegah sama sekali bermain judi dalam bilik darjah atau kawasan
sekolah seperti bermain getah, kotak-kotak atau lain-lain lagi.
3.7 Semua murid hendaklah memberi kerjasama kepada pengawas
bertugas dan melaporkan kepada guru disiplin jika ada murid yang
mengingkari arahan.
3.8 Hendaklah selalu bersopan-santun dan berbudi bahasa bukan
sahaja di sekolah tetapi juga diluar sekolah.

4. Kantin.
4.1 Mestilah membeli makanan yang mengeyangkan dan belilah mengikut giliran secara
berbaris.
4.2 Ditegah membuat bising senasa membeli makanan di kantin dan ditegah berludah dan
berkelakuan tidak senonoh.
4.3 Makanlah makanan secara duduk ditempat yang disediakan.
4.4 Sisa-sisa makanan atau pembalut makanan hendaklah dibuang ditempat yang
disediakan. Awasilah selalu kebersihan kantin.

C. PERATURAN KAWASAN

1. Kebersihan
1.1 semua murid hendaklah menjaga kebersihan kawasan sekolah.
1.2 Menjaga kebersihan bilik darjah dan bilik-bilik khas.

2. Waktu persekolah.
2.1 Murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah dalam waktu
persekolahan KECUALI atas arahan Guru Besar atau guru lain.
2.2 Sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kemalangan
diluar kawasan sekolah ini.

3. Kebenaran
Tidak dibenarkan murid-murid merayau di kawasan sekolah ini selain daripada waktu
persekolahan KECUALI atas kebenaran Guru Besar atau guru-guru.

4. Waktu pulang sekolah.
Waktu pulang sekolah setelah belajar di hari-hari persekolahan semua murid mesti berbaris
hingga ke pintu pagar sekolah dengan cara yang tertib dan mestilah mematuhi peraturan jalan
raya.

D. PERATURAN AM

1. Setiap murid mestilah menyediakan segala alatan persekolahan yang perlu secukupnya.
2. Setiap murid adalah bertanggungjawab tentang kebersihan, kerosakan atau kehilangan buku-buku dan alat-alatan yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
3. Buku rampaian hendaklah dibeli dari kedai buku sekolah.
4. Murid-murid ditegah mengambil harta benda sekolah tanpa kebenaran.
5. Tandas-tandas hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab (perlu dibersihkan setiap
kali menggunakannya).
6. Dalam kawasan sekolah murid-murid hanya dibenarkan menggunakan dua bahasa sahaja
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

E. PERATURAN DAN KESALAHAN

1. Peraturan ini MESTILAH dipatuhi dan dihormati.
2. Mereka yang menyalahgunakan atau melanggar peraturan di atas akan diambil tindakan
tatatertib / disiplin setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
3. Kesemua murid boleh melaporkan kepada Guru Disiplin, Penolong kepada Guru Disiplin,
Penolong Kanan atau Pengawas Sekolah jika ada yang melanggar peraturan sekolah ini.
Semua laporan yang diberikan adalah dirahsiakan.

Piagam Pelanggan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAP PARA

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGKAP PARA DENGAN PENUH TEKAP DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

Memperkembangkan potensi anak didik secara menyeluruh untuk mewujudkan insan kamil yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Membentuk sikap anak didik dengan nilai-nilai yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara menuju ke arah Wawasan 2020.

Mendidik setiap anak didik tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.

Mewujudkan suasana yang kondusif dalam setiap aspek persekolahan supaya bermanfaat kepada anak didik serta sesuai sebagai Sekolah Penyayang.

Mewujudkan gaya kerja yang cekap, bijaksana, kreatif dan inovatif, imaginatif, berdisiplin, pantas dan produktif.

Mencapai tahap Tanpa Cacat (Zero Defect) dalam setiap aspek pendidikan dan pentadbiran.

Mempertingkatkan prestasi dan kegemilangan sekolah, jabatan, kementerian, agama, masyarakat dan negara.

Lencana SKSP


Warna dan Takrif

Biru -
Berfikiran positif, sihat dan bersih

Merah - Menuju ke arah kecemerlangan

Kuning - Menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara


Struktur, Komposisi dan Takrif

Buku - Berpengetahuan

Topi Ijazah - Belajar hingga ke peringkat menara gading

Gelung Sukan - Melahirkan murid yang cergas dan sihat

Moto

BELAJAR DAN BERBAKTI

Sambutan Maulidur Rasul Anjuran bersama PIBG SK Sungkap Para