I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 22 April 2010

Pemeriksaan Gigi Oleh Unit Pergigian HSP

Tarikh: 20 - 30 APRIL 2010
Tempat : Pusat Sumber SKSP

Selepas selesai pemeriksaan peringkat pertama murid murid di ajar pula cara mencuci gigi dengan cara yang betul oleh Jururawat bertugas







Pemeriksaan Awal






Isnin, 19 April 2010

CARTA ORGANISASI SEKOLAH 2011


GURU BESAR
TN. HJ MUHD SUBUHI BIN SAAD


GURU KANAN PENTADBIRAN
ENCIK FAKHRURADZI BIN HAMID

GURU KANAN HEM
ENCIK AHMAD TAJUDIN BIN MT ZIN

GURU KANAN KOKURIKULUM
ENCIK AKASHAH BIN MEERA HUSSAIN

Ahad, 18 April 2010

Kematian Ayahanda Cikgu Ahmad bin Omar

Tarikh: 14 April 2010
Masa : 7.43 malam
Pihak sekolah merakamkan takziah kepada Cikgu Ahmad bin Omar di atas kematian ayahanda beliau En. Omar bin Ismail ketika berusia 73 tahun. Jenazah telah disembahyang di rumah beliau di Kg. Sg. Deraka, Kota Kuala Muda, Kedah pada jam 11.00 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan yang berdekatan.
Marilah kita sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah swt.AL-FATIHAH.

Selasa, 13 April 2010

Keceriaan Sekolah


Perjumpaaan Guru Dan Waris Tahun 6





Pada 11 April 2010, jam 9.00 pagi telah diadakan satu perjumpaan antara Guru Besar, Guru Tahun 6 dan waris Tahun 6. Seramai 12 waris telah hadir daripada 13 waris kesemuanya. Ini menunjukkan komitmen yang agak tinggi daripada waris.
Dalam perjumpaaan ini para waris diberi pendedahan tentang pencapaian anak-anak mereka dan peranan mereka untuk meningkatkan lagi potensi anak-anak mereka. Pihak sekolah pastinya akan meneruskan program-program peningkatan akademik terutamanya Program UPSR.Walau bagaimanapun kerjasama daripada para waris adalah diperlukan bagi menjayakan segala program yang telah dirancang
Perjumpaan seperti ini dicadangkan akan diadakan pada setiap bulan bagi memberi pendedahan pencapaian murid Tahun 6 2010.

Ahad, 11 April 2010

Majlis Penyampaian Hadiah B. Inggeris

Encik Ahmad Omar sedang menyampaikan hadiah


Tuan Guru Besar turur menyampaikan hadiah pada majlis perhimpunan pagi ini

Jumaat, 9 April 2010

Masalah Bekalan Air



Pada 6 April 2010, pihak sekolah telah menghadapi kesulitan iaitu tiada bekalan air termasuk kantin, menyebabkan makanan dan minuman tidak dapat disediakan sebaiknya namun dengan kecekapan pihak pengurusan kantin masalah tersebut dapat diatasi.

Pada hari ini juga para dapat menikmati juadah roti canai yang enak dan teh tarik, sumbagan Tuan Guru Besar SK Sungkap Para. Terima kasih atas keperihatinan Tuan Guru Besar.

Namun apa yang dikesalkan ialah tiada makluman daripada pihak yang berkenaan tentang masalah bekalan air.

Adalah diharapkan pada masa akan datang makluman awal dapat diberi untuk tindakan sewajarnya dapat diambil.


Guru sedang menjamah roti canai


Ahad, 4 April 2010

Mesyuarat PIBG

Pada hari Ahad telah diadakan mesyuarat PIBG dan penyerahan wang KWAMP. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang. Majlis berlangsung dengan suasana harmoni

Sambutan Maulidur Rasul Anjuran bersama PIBG SK Sungkap Para