I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 10 Julai 2008

Peraturan SKSP



A) PERATURAN SEKOLAH

1. Waktu persekolahan
1.1 Masa persekolahan bermula jam 7.45 pagi hingga 1.15 tengahari.
1.2 Mesti sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum tiba
waktu belajar pada setiap hari persekolahan.
1.3 Memasuki bilik darjah mengikut ketetapan waktu pelajaran
bermula KECUALI atas arahan Guru Besar bersabit sesuatu hal.

2. Pakaian sekolah
2.1 Adalah diwajibkan berpakaian sekolah sewaktu persekolahan atau
mewakili sekolah ke mana-mana.
2.2 Pakaian hendaklah kemas
2.2.1 Kasut putih dan bersarung kaki putih.
2.2.2 Murid lelaki berbaju putih dan berseluar biru, murid
perempuan berbaju kurung dan berkain sarung biru tua.
2.2.3 Murid lelaki mesti berbaju ke dalam seluar.
2.3 Bentuk pakaian sekolah hendaklah sempurna dan jangan
menggunakan potongan yang tidak sesuai.
2.4 Murid perempuan dilarang memakai barang kemas.
2.5 Murid-murid dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk
Pelajaran Pendidikan Jasmani.

3. Sebelum belajar.
3.1 Perhimpunan diadakan pada tiap-tiap hari Ahad.

4. Harta sekolah.
4.1 Wajib memberi perhatian kepada sebarang peralatan sekolah.
4.2 Hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alatan dan
barang-barang kepunyaan sekolah.
4.3 Memaklumkan kepada guru sebelum mengambil sebarang alatan
untuk digunakan.

B. PERATURAN MURID

1. Tatatertib / Bersopan-santun
1.1 Mematuhi dan menghormati Guru Besar, guru-guru dan kakitangan yang berada di sekolah.
1.2 Patuh dan hormat kepada pengawas sekolah.
1.3 Patuh dan hormat kepada ketua darjah yang dilantik oleh guru.
1.4 Murid-murid hendaklah membiasakan diri memberi ucapan “Assalamualaikum”,
“Selamat” dan mengamalkan ucapan “Terima Kasih”, “Tolong” dan “Meminta maaf” pada
masa-masa Dan keadaan-keadaan yang tertentu.
1.5 Ditegah mencuri, menipu, berjudi, merokok, membawa senjata merbahaya, bergaduh,
menghasut, memeras ugut, mengeluarkan perkataan kesat, melukis serta menulis
perkataan-perkataan lucah di mana-mana sahaja dalam dan diluar sekolah.
1.6 Bersopan-santun dalam pergaulan terutama dalam permainan.
1.7 Sentiasa bersedia untuk menjaga nama baik sekolah ini dan memelihara keselamatan
harta sekolah.
1.8 Menghormati Lagu Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman dan Malaysia serta
lambangnya.
2. Peraturan cuti.
2.1 Mestilah memberitahu pihak sekolah secara bertulis atau lisan jika
tidak dapat hadir ke sekolah kerana hal-hal tertentu.
2.2 Jika bermaksud memobon cuti panjang (lama) mestilah
memaklumkan terlebih dahulu kepada Guru Besar.

3. Akhlak / Disiplin.
3.1 Hormatlah Pejabat Guru Besar, bilik Darjah, dan Bilik
Perpustakaan. Jangan bising berhampiran tempat tersebut.
3.2 waktu rehat tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah kecuali
dengan kebenaran guru.
3.3 Ditegah mmemakan makanan di dalam bilik darjah.
3.4 Dilarang menulis, menconteng di dinding-dinding bangunan yang
ada dalam kawasan sekolah ini.
3.5 Waktu rehat atau hendak pulang, hendaklah berbaris dengan tertib.
3.6 Ditegah sama sekali bermain judi dalam bilik darjah atau kawasan
sekolah seperti bermain getah, kotak-kotak atau lain-lain lagi.
3.7 Semua murid hendaklah memberi kerjasama kepada pengawas
bertugas dan melaporkan kepada guru disiplin jika ada murid yang
mengingkari arahan.
3.8 Hendaklah selalu bersopan-santun dan berbudi bahasa bukan
sahaja di sekolah tetapi juga diluar sekolah.

4. Kantin.
4.1 Mestilah membeli makanan yang mengeyangkan dan belilah mengikut giliran secara
berbaris.
4.2 Ditegah membuat bising senasa membeli makanan di kantin dan ditegah berludah dan
berkelakuan tidak senonoh.
4.3 Makanlah makanan secara duduk ditempat yang disediakan.
4.4 Sisa-sisa makanan atau pembalut makanan hendaklah dibuang ditempat yang
disediakan. Awasilah selalu kebersihan kantin.

C. PERATURAN KAWASAN

1. Kebersihan
1.1 semua murid hendaklah menjaga kebersihan kawasan sekolah.
1.2 Menjaga kebersihan bilik darjah dan bilik-bilik khas.

2. Waktu persekolah.
2.1 Murid tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah dalam waktu
persekolahan KECUALI atas arahan Guru Besar atau guru lain.
2.2 Sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kemalangan
diluar kawasan sekolah ini.

3. Kebenaran
Tidak dibenarkan murid-murid merayau di kawasan sekolah ini selain daripada waktu
persekolahan KECUALI atas kebenaran Guru Besar atau guru-guru.

4. Waktu pulang sekolah.
Waktu pulang sekolah setelah belajar di hari-hari persekolahan semua murid mesti berbaris
hingga ke pintu pagar sekolah dengan cara yang tertib dan mestilah mematuhi peraturan jalan
raya.

D. PERATURAN AM

1. Setiap murid mestilah menyediakan segala alatan persekolahan yang perlu secukupnya.
2. Setiap murid adalah bertanggungjawab tentang kebersihan, kerosakan atau kehilangan buku-buku dan alat-alatan yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
3. Buku rampaian hendaklah dibeli dari kedai buku sekolah.
4. Murid-murid ditegah mengambil harta benda sekolah tanpa kebenaran.
5. Tandas-tandas hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab (perlu dibersihkan setiap
kali menggunakannya).
6. Dalam kawasan sekolah murid-murid hanya dibenarkan menggunakan dua bahasa sahaja
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

E. PERATURAN DAN KESALAHAN

1. Peraturan ini MESTILAH dipatuhi dan dihormati.
2. Mereka yang menyalahgunakan atau melanggar peraturan di atas akan diambil tindakan
tatatertib / disiplin setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
3. Kesemua murid boleh melaporkan kepada Guru Disiplin, Penolong kepada Guru Disiplin,
Penolong Kanan atau Pengawas Sekolah jika ada yang melanggar peraturan sekolah ini.
Semua laporan yang diberikan adalah dirahsiakan.

Tiada ulasan:

Sambutan Maulidur Rasul Anjuran bersama PIBG SK Sungkap Para