ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN
Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :
1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN
2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS
3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD
4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI
5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN
PERUBAHAN SIKAP
Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.
Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.Sikap mempunyai tiga eleman penting:
1. Pemikiran
2. Perasaan
3. Tingkahlaku
Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.
Berubah Pemikiran
Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.
Berubah Perasaan
Perasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu:
Perasaan rendah diri
Ubah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.
Tidak mahu mengaku kelemahan diri
Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.
Berpuas hati dengan apa yang telah didapati
Keadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.
Berubah Tingkahlaku
Tingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.
MATLAMAT
Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.
Ciri-ciri Matlamat
Boleh diukurIa perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak.
Spesifik
Ciri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh.
Realistik
Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan.
Jangka masa
Matlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat.
Berdoa
Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.
Mengenal potensi dan sikap diri
Perasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalamam yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan bertingkahlaku yang lebih positif.
Kesimpulan
Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan