I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 9 Julai 2008

Kata Aluan Guru Besar


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurniaNya dapat kita bersama-sama melayari laman web SKSP ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha Webmaster merekabentuk, seterusnya melahirkan laman web ini. Dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita, objektif dan matlamat hendaklah jelas, tepat dan rasional, mengenal pasti pelanggan kita iaitu murid dan ibu bapa serta komuniti setempat. Misi sekolah mestilah menjurus ke arah memenuhi hasrat murid, ibu bapa dan masyarakat yang menghala tuju ke arah menjayakan wawasan pendidikan. Pelaksanaan tugas dan kualiti hasilnya perlulah memenuhi ciri-ciri kualiti yang terbaik. Berusaha tanpa jemu merupakan kunci dalam mempertingkatkan kualiti dalam pendidikan dan bangun serentak menaikkan imej dan martabat profesion pendidikan. Sejajar dengan era ICT dan globalisasi hari ini, adalah wajar bagi kita mendedahkan warga SKSP kepada dunia ICT. Melalui laman web ini, info semasa dan terkini mengenai SKSP akan dapat diperolehi. Adalah diharapkan laman web ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid, guru-guru dan ibu bapa, seterusnya komuniti di sekitar SKSP.Saya berharap kewujudan laman web ini akan dimanfaatkan bersama.

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI MUHD SUBUHI BIN SAAD BKM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungkap Para



Tiada ulasan:

Sambutan Maulidur Rasul Anjuran bersama PIBG SK Sungkap Para