I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 3 Mei 2010

Perlaksanaan Kelas Malam

Program : Kelas Malam
Tarikh : 2 Mei 2010 (Permulaan program)
Masa : 8.00 malam - 9-30 malam
Guru Besar sedang berbincang dengan para waris Tahun 6 pada jam 8.30 malam
Sementara itu murid sedang khusyuk membuat tugasan Bahasa Melayu
Sebahagian murid yang asyik menjawab soalan
Pada permulaan kelas malam, guru yang pertama diamanahkan mengajar ialah Ustaz Hairon
Perbincangan berlangsung sehingga jam 9.30 malam

Dalam merangka perlaksana NKRA 2010 ke arah kecemerlangan murid-murid, pihak sekolah telah melaksanakan kelas malam untuk murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Satu perjumpaan telah di adakan antara pihak pentadbir dengan para waris pada jam 8.00 malam di Pusat Sumber sekolah. Perjumpaan ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Banyak perkara yang diperbincangkan dalam perjumpaan ini. Pihak waris juga begitu komited dan bersungguh sungguh dalam memberi buah fikiran bagi menjayakan program ini.
Kelas ini akan berlangsung selama 3 hari seminggu, iaitu hari Ahad , Isnin dan Selasa bermula jam 8.00 malam.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama para waris dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Sambutan Maulidur Rasul Anjuran bersama PIBG SK Sungkap Para